3.1 KEHIDUPAN MANUSIA PRASEJARAH

3.1.1 MENYATAKAN MAKSUD PRASEJARAH

  • Prasejarah ialah zaman manusia belum mempunyai tulisan. Kewujudan manusia prasejarah dapat diketahui melalui kajian arkeologi dengan menggunakan kaedah gali cari. Prasejarah dibahagikan kepada empat zaman utama iaitu Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam.

 

KERANGKA MASA ZAMAN PRASEJARAH

  • ZAMAN PALEOLITIK – 40 000 ribu tahun dahulu.
  • ZAMAN MESOLITIK – 10 000 ribu tahun dahulu.
  • ZAMAN NEOLITIK – 5 000 ribu tahun dahulu.
  • ZAMAN LOGAM – 2 500 ribu tahun dahulu

 

KRONOLOGI
KERANGKA MASA ZAMAN PRASEJARAH

3.1.3 MENYATAKAN KEGIATAN MASYARAKAT PRASEJARAH

ZAMAN PALEOLITIK

  • Manusia pada zaman Paleolitik berusaha menyesuaikan kehidupan dengan alam sekeliling mereka.
  • Faktor ini penting kerana alam sekeliling merupakan sumber utama kepada mereka mendapatkan makanan.
  • Manusia pada Zaman Paleolitik tinggal di dalam dan di sekitar gua yang berhampiran.
  • Mereka hidup berpindah randah, memburu binatang dan mengumpulkan hasil hutan.
  •  Mereka sudah tahu menggunakan api untuk memanaskan badan dan melindungi diri daripada binatang buas

 

download
PETA MINDA ZAMAN PALEOLITIK
zaman+paleolitik
AKTIVITI MANUSIA PADA ZAMAN PALEOLITIK

 

zamanmesolitikneolitik-120327002009-phpapp02-thumbnail-4ZAMAN MESOLITIK

  • Zaman Mesolitik berlaku  antara Zaaman Paleolitik dan Zaman Neolitik.
  • Manusia Zaman Mesolitik tinggal dalam kelompok, masih memburu dan mencari hasil hutan dan sungai.
  • Senjata yang digunakan untuk memburu juga lebih halus sedikit buatannya berbanding dengan zaman Paleolitik. 
  • Mereka juga telah pandai mengebumikan mayat. Mayat tersebut akan dibengkokkan semasa dikebumikan

 

images
MAYAT YANG DIBENGKOKKAN SEMASA PENGKEBUMIAN

 

ZAMAN NEOLITIK

  • Mereka mempunyai ketua dan ada pembahagian kerja
  • Merupakan zaman batu akhir yang menunjukkan peningkatan dalam kehidupan manusia
  • Alatan batu mereka lebih halus buatannya.
  • Mereka masih berburu dan mencari hasil hutan dan sungai

 

neolitik
AKTIVITI MANUSIA PADA ZAMAN NEOLITIK
Zaman Neolitik
PETA MINDA ZAMAN NEOLITIK

 

ZAMAN LOGAM

  • Zaman Logam ialah zaman manusia telah mencipta alat-alat menggunakan logam
  • Manusia Zaman Logam masih tinggal di dalam gua dan ada yang tinggal di kawasan lapang.
  • Rumah yang mereka bina lebih baik daripada berbanding dengan Zaman Neolitik
  • Zaman ini masih lagi menggunakan alatan yang diperbuat daripada batu
  • Manusia pada Zaman Logam masih menggunakan sistem Barter. 
  • Mayat dikebumikan menggunakan kubur batu kepingan

 

Capture 3
AKTIVITI MANUSIA PADA ZAMAN LOGAM
besi
ALAT BATU ZAMAN LOGAM

K3.1.6 MENYATAKAN KEPENTINGAN MENGHARGAI TINGGALAN SEJARAH

KEPENTINGAN MENGHARGAI TINGGALAN SEJARAH: 

  •  Mengenal kebudayaan dari masa ke masa sebagai peradaban manusia
  • Mengembangkan budaya sekarang dan belajar dari budaya masa lampau
  • Manusia dapat bertindak arif dan bijaksana
  • Menghargai dan melestarikan dari berbagai peninggalan sejarah

 

MANFAAT MELESTARIKAN PENINGGALAN SEJARAH:

  •  Dapat melihat bukti kejadian dari peristiwa masa lalu
  •  Dapat menimbulkan semangat untuk melanjutkan perjuangan para tokoh bangsa untuk kemajuan bangsa masa sekarang
  •  Sebagai objek penelitian dan sumber pengetahuan
  •   Sebagai sumber lapangan kerja dan objek wisata, untuk peningkatan kesejahteraan dan ekonomi bangsa